Malaysia Sebagai Pusat Kecemerlangan Bioteknologi


Bioteknologi dianggap sebagi bidang teknologi yang penting untuk pembangunan masa depan negara. Bidang tersebut dianggap sebagai teknologi teras yang boleh melonjakkan Malaysia menjadi negara industri menjelang tahun 2020.

Teknologi ini boleh dimanfaatkan dalam banyak sektor misalnya penjagaan kesihatan, meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil pertanian, menambah dan mempelbagaikan pengeluaran makanan dan penambahbaikan perlindungan alam sekitar. Teknologi ini juga dibangunkan menerusi aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan menggunakan sumber biologi yang banyak terdapat di negara ini. Penggunaan bioteknologi atas pelbagai sumber alam memberi hasil yang lumayan kepada negara. Kreativiti dan inovasi dalam bioteknologi telah berjaya menghasilkan produk baharu yang dapat menjana ekonomi negara.

Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memajukan bidang bioteknologi di negara ini. Antara langkah yang diambil oleh kerajaan ialah menubuhkan Lembah Bioteknologi Malaysia ( Lembah Bio) yang terletak di negeri Selangor. Kedudukan Lembah Bio adalah dalam kawasan yang mempunyai pelbagai kemudahan canggih seperti Institusi bioteknologi di Universiti Industri Selangor(Unisel), Cyberjaya dan Koridor Raya Multimedia(MSC). Keadaan ini mampu menjadikannya pusat penyelidikan dan pembangunan bioteknologi bertaraf dunia.

Selain itu, kerajaan juga telah melaksanakan program perkongsian bioteknologi iaitu mewujudkan kerjasama antara ahli akademik, industri dan kerajaan untuk membangunkan industri dan kerajaan untuk membangunkan industri bioteknogi yang mapan dan melatih sumber manusia.

Malaysia Sebagai Pusat Kecemerlangan Perubatan


KERAJAAN BANTU PROMOSI PELANCONGAN PERUBATAN

Pulau Pinang 1 Mei - Kerajaan akan membantu mempromosikan pelancongan perubatan di luar negara melalui tiga kementerian dengan kerjasama Persatuan Hospital Swasta bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan Perubatan.

Menteri Kesihatan menjelaskan, tiga kementerian itu ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Perlancongan, dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Beliau Berkata, promosi tersebut turut melibatkan 23 buah hospital swasta yang mempunyai pusat kepakaran masing-masing yang mampu manarik minat pesakit terutama dari negara-negara membangun.

Selain itu katanya, kerajaan juga akan berusaha untuk memendekkan masa menunggu giliran pembedahan di hospital swasta negara ini adalah cepat. Paling lama di institut Jantung Negara (IJN) adalah antara dua hingga tiga bulan.

"Hospital swasta lain mampu melakukan pembedahan secepat mungkin dan mereka juga mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang yang setanding dengan kepakaran dari luar negara," katanya semasa merasmikan Pusat Kepakaran CT-Scan dan MRI di Hospital Loh Guan Lye di sini hari ini.

Beliau berkata, Malaysia berupaya menyediakan pakej-pakej perubatan yang mampu dibayar oleh pesakit dari negara-negara jiran untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik. Beliau memberitahu, MITI akan mengadakan lawatan perdagangan dan perniagaan di Bahrain dan Arab Saudi bersama-sama wakil Persatuan Hospital Swasta yang akan turut mempromosikan kemudahan perubatan di 28 buah hospital swasta di Malaysia.

Setakat ini katanya, Malaysia mencatat peningkatan jumlah pesakit luar negara yang mendapatkan rawatan di 13 buah hospital swasta daripada 30,000 orang pada tahun 1998 kepada 77,000 orang pada tahun1999. Bagaimanapun katanya, hanya enam buah hospital yang telah memberi laporan perolehnya iaitu RM10 juta pada tahun 1998 dan meningkat kepada RM15.8 juta pada tahun 1999.

Menteri Kesihatan memberitahu, promosi berasingan turut dijalankan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Melaka di negara-negara jiran termasuk Indonesia bagi menarik lebih ramai kedatangan pesakit. Beliau berkata, lima buah hospital swasta di Pulau Pinang berjaya menarik pesakit luar negara termasuk dari Indonesia, China, Brunei, Singapura dan Timur Tengah.

"Apabila ramai pesakit masuk ke negara ini bersama-sama keluarga masing-masing maka hal ini akan turut membantu sektor lain seperti pelancongan dan perindustrian," tambah beliau.


(Dipetik dan diubah suai daripada akhbar Utusan Malaysia)

Malaysia Sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan


Kerajaan melaksanakan empat strategi bagi menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan serantau. Menurut bekas perdana menteri, Tun Abdullah, Pelaksanaan strategi ini dilakukan kerana kerajaan sentiasa mengiktiraf kepentingan ilmu pengetahuan serta pendidikan demi kebaikan negara serta pembangunan individu.

"Empat strategi yang akan dilaksanakan ialah pertama, polisi dan infrastuktur pendidikan mengcukupi, kedua, negara perlu mengiktiraf kepentingan untuk mengantarabangsakan sektor pendidikan. Ketiga, Malaysia perlu mengiktiraf perkembangan pembangunan teknologi terkini, dan keempat, mengekalkan standard serta kualiti perkhidmatan pendidikan."katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis perasmian Universiti Nottingham Kampus Malaysia di sini hari ini.

"Saya juga mahu lebih banyak universiti ternama dunia membuka cawangan di Malaysia bagi memastikan Malaysia mencapai status pusat kecemerlangan pendidikan serantau. Matlamat utama dalam mencapai hasrat ini adalah pada 2010 Malaysia mahu menarik lebih 100,000 orang pelajar asing belajar di negara ini," katanya.

Beliau juga meminta universiti-universiti ternama yang telah membuka cawangan di Malaysia dapat membantu meningkatkan kualiti pensyarah-pensyarah negara.

Katanya, Universiti Nottingham misalnya perlu meningkatkan jumlah pensyarah rakyat Malaysia dan dapat menhantar mereka mengajar di United Kingdom atau cawangan-cawangan lain seperti di China.

Menurut Abdullah, dengan cara itu, kualiti serta standard pensyarah rakyat Malaysia akan dapat ditingkatkan dan diterima oleh negara-negara lain.

(Dipetik dan diubah suai daripada berita yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia 26 September,2005)

Malaysia-pusat kecemerlangan pelbagai bidang

Salam Malaysia diucapkan kepada semua terutamanya guru penasihat kami, Cikgu Sidi Munan. Objektif kami untuk mewujudkan laman web ini adalah
~mempromosikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pelbagai bidang
~mewujudkan perasaan bangga menjadi rakyat Malaysia
~mengenali Malaysia dengan lebih dekat

Kami berharap anda semua akan dapat mengenali Malaysia dengan lebih dekat dan bangga menjadi sebahagian daripada Malaysia.